服务承诺
资金托管
原创保证
实力保障
24小时客服
使命必达
51Due提供Essay,Paper,Report,Assignment等学科作业的代写与辅导,同时涵盖Personal Statement,转学申请等留学文书代写。
51Due将让你达成学业目标
51Due将让你达成学业目标
51Due将让你达成学业目标
51Due将让你达成学业目标私人订制你的未来职场 世界名企,高端行业岗位等 在新的起点上实现更高水平的发展
积累工作经验
多元化文化交流
专业实操技能
建立人际资源圈Pengurusan_Bilik_Darjah
2013-11-13 来源: 类别: 更多范文
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik darjah merupakan tempat dimana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik darjah merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid.
1.Konsep pengurusan bilik darjah
Selain mengajar,guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah.Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk P&P yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.
Lemlech (1979) mendifinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.
Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah,mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
[pic]
2.Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah berkesan
Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang di jalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi sosial dan aktiviti antara guru dan murid-muridnya.Interaksi sosial ini bergantung kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang bergantung kepada 3 perkara berikut:
i)Interaksi guru dengan murid
ii)Interaksi murid dengan murid
iii)Interaksi murid dengan bahan pembelajaran
Terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada corak dan suasana interaksi bilik darjah,Ketiga-tiga elemen ini saling melengkapi antara satu sama lain.
a)Fizikal
Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif seperti mempunyai lampu, bilik darjah yang dihias cantik serta di atur kemas dengan pelbagai alat bantu mengajar, kebersihan kelas yang baik, saiz kelas yang luas, pengudaraaan dan pencahayaan yang baik, susunan kerusi dan meja yang bersesuaian dan kemudahan yang mencukupi dalam bilik darjah.
Suasana bilik darjah yang kondusif mendorong kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
b)Sosial
Perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid memberi pengaruh besar terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam aktiviti berkumpulan.
Biasanya murid-murid yang berada dalam kelas sosial yang sama atau hampir sama lebih mudah bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan.
Guru haruslah mengenalpasti corak interaksi sosial murid-murid di dalam kelasnya bagi memudahkan pemahagian aktiviti berkumpulan.Corak interaksi ini boleh di kenalpasti melalaui kaedah kajian Sosiometri.
c)Emosi
Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid terhadap guru mereka.
Gaya kepimpinan guru yang autoritarian misalnya mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman –mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang tertekan dan tidak kondusif.
Gaya kepimpinan guru yang demokratik misalnya guru yang berkongsi tanggungjawab dengan murid melalui galakan dan bukanya desakan akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekaligus menjurus kepada pencapaian murid yang tinggi.
Guru yang penyayang,lucu dan tidak pilih kasih akan mendekatkan murid-murid kepada guru tersebut,murid-murid akan lebih mudah menumpukan perhatian,menerima arahan dan nasihat guru,lebih mudah berdamping dan berkongsi masalah dengan guru mereka.Melalui kaedah ini emosi murid-murid akan lebih terkawal dan matlamat sesuatu P&P itu akan lebih mudah tercapai.
Guru hendaklah secara terus menerus memberi motivasi ,memeberi teguran, galakan dan membina suasana positif dalam bilik darjah, melibatkan secara aktifsemua pelajar dalam sesuatu aktiviti,membina hubungan yang baik dengan pelajar serta membentuk komunikasi dua hala yang baik antara murid-murid dan guru.
-----------------------
Elemen pengururusan:
Mengelola
Mengurus Rutin Bilik darjah
Mnegurus aktiviti murid
Mengurus bahan-behan pelajaran
Mengurus disiplin Bilik Darjah
Mengurus Aktiviti Kumpulan
Mengurus Keadaan Fizikal dan kemudahan
Mengurus Aktiviti Penilaian

