代写范文

留学资讯

写作技巧

论文代写专题

服务承诺

资金托管
原创保证
实力保障
24小时客服
使命必达

51Due提供Essay,Paper,Report,Assignment等学科作业的代写与辅导,同时涵盖Personal Statement,转学申请等留学文书代写。

51Due将让你达成学业目标
51Due将让你达成学业目标
51Due将让你达成学业目标
51Due将让你达成学业目标

私人订制你的未来职场 世界名企,高端行业岗位等 在新的起点上实现更高水平的发展

积累工作经验
多元化文化交流
专业实操技能
建立人际资源圈

Meaning,_Causes_and_Consequences_of_Racist_Communication_in_Malaysia;_How_Not_to_Be_Racist_in_Intercultural_Communication_in_Malaysia.

2013-11-13 来源: 类别: 更多范文

1.1 Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa Terkini Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dikurniakan bersama-samanya beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Semua insan di dunia ini mempunyai alat fizikal yang sama untuk melakukan setiap perkara dan mengikut kepada teori biologis, sejak lahirnya sesorang anak itu, sesungguhnya telah dikurniakan satu kebolehan iaitu kebolehan berbahasa. Setiap kanak–kanak memperoleh bahasa pertama bukan melalui proses pembelajaran tetapi proses ini berlaku dengan tidak formal. Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan apabila mereka didedahkan dengan pengalaman yang banyak sekaligus dapat meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Terdapat beberapa teori pemerolehan bahasa yang telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh aliran ini iaitu teori behaviorisme, teori mentalis, teori interaksionalis dan kognitif. Semua aliran ini mempunyai pelbagai pendapat dan cara tersendiri untuk menerangkan bagaimana seseorang individu yang bergelar manusia dapat mempelajari sesuatu bahasa sejak mereka kecil lagi. Saya sebagai seorang guru telah memilih situasi pengajaran dimana menilai tahap pemerolehan bahasa terkini oleh seseorang pelajar. 2.1 Teori Behaviorisme Menurut Mangantar Simanjuntak (1987:66) Teori behaviorisme pada asalnya adalah lanjutan daripada teori pelaziman klasik Pavlov. Oleh kerana Watson (1930) telah berjaya memperkenal satu prinsip pembelajaran yang baru maka beliau telah digelar bapa behaviorisme terutama di Amerika Syarikat. Aliran behaviorisme yang telah dianut oleh Watson mempunyai tujuannya yang tertentu. Psikologi memainkan peranan yang penting, hal ini kerana peramalan dan pengawalan atau pengawasan perilaku tidak mempunyai kaitan dengan kesedaran. Setiap apa yang dikaji oleh psikologi menurut behaviorisme ialah setiap perkara yang diamati secara langsung iaitu gerak balas sedangkan setiap yang berlaku tidak berkaitan untuk dikaji. Bagi Mangantar Simanjuntak (ibid:67), Watson dalam kajiannya melibatkan seorang bayi berumur 11 bulan yang bernama Albert. Eksperimen ini bertujuan bagi memastikan teori behaviorisme yang diperkenal benar sama sekali. Bayi tersebut yang tidak mempunyai rasa takut terhadap binatang berbulu putih seperti tikus putih. Proses kajian bermula dengan Watson memukul batang besi dengan sebuah palu setiap kali bayi tersebut memegang tikus putih itu. Akibat daripada pukulan Watson, tidak lama kemudian bayi tersebut menjadi takut, bukan sahaja terhadap tikus tersebut malahan terhadap semua benda yang berbulu putih. Oleh yang demikian Watson mendakwa teori yang telah diperkenal olehnya telah berjaya. Menurut Kamarudin Hj Husin (1988:11) beliau menyatakan bahawa otak manusia diibaratkan seperti kotak hitam dan jika berlaku sebarang perkara di dalamnya maka tidak dapat diamati. Aliran behavioris ini juga dipengaruhi oleh teori dan ilmu psikologi. Golongan behaviorisme ini juga menganggap bahasa adalah proses perilaku yang menerangkan hasil operasi tindak balas yang semata-mata bergantung pada ciri-ciri naluriah yang ada pada manusia. Kamarudin Hj Husin sekali lagi mengatakan bahawa aliran behaviorisme menganggap setiap pembelajaran bahasa merupakan satu kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang setiap aktiviti yeng hendak dikuasai. Dalam aspek pengajaran pula, aliran behaviorisme merupakan salah satu aliran yang mengutamakan bahasa lisan dan bahasa tulisan. Walau bagimanapun bahasa tulisan merupakan bahasa kedua. Menurut Kamarudin Hj Husin (1986:43), ahli-ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa setiap pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian diikuti dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli behaviorisme ini, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya. Menurut Kamarudin Hj Husin lagi (ibid:43) bahasa merupakan satu tabiat atau sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Proses pengajaran ini sesuai diterapkan dalam proses pengajaran bahasa kedua. Proses ini akan memberi satu perkara baru kepada murid-murid dan untuk membentuk kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu diutamakan dan untuk proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan peraturan bahasa. Dalam aliran ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting dalam pembelajaran. Pengukuhan merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Dengan pengukuhan ini akan menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan mereka akan melakukan sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian. Situasi sebegini adalah normal sebagai seorang manusia ynag mempunyai perasaan. Ahli-ahli behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa dan sistem fonologi yang berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerak balas. Orang-orang dewasa memberikan rangsangan bahasa yang secukupnya dalam bentuk yang mudah untuk ditiru. Kanak-kanak pula memberikan gerak balas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya dan akhirnya mereka dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem fonologi pula dipelajari sedikit demi sedikit hingga dikuasai sepenuhnya. 2.2 Teori Mentalis Teori mentalis merupakan penentang kepada teori behaviorisme. Golongan mentalis menentang hebat golongan behavoiorisme. Hal ini kerana Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1990:32) memetik pendapat Chomsky bahawa teori behaviorisme tidak menghuraikan proses pemerolehan aspek bahasa secara menyeluruh. Beliau juga menyatakan bahawa setiap pemerolehan bahasa adalah proses mental bukan proses mekanis. Kenyataan Chomsky yang dipetik dalam buku Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia bahawa seseorang kanak-kanak yang lahir secara semulajadinya dapat menguasai bahasa ibundanya. Terdapat dua unsur penting dalam teori ini iaitu c o m p e te n c e (struktur dalaman) dan performance (struktur luaran). Struktur dalaman adalah berbentuk makna manakala bagi struktur luaran adalah ujaran bahasa yang dipertuturkan oleh kanak-kanak semasa mereka mempelajari bahasa. Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (ibid:32) memetik kenyataan Chomsky dan terdapat tiga sebab bagi mempertahan hipotesisi sejadi. Menurut Chomsky, bahasa mempunyai ciri-ciri tatabahasa sejagat iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Kedua-dua perkara tersebut mempunyai maksud dan cara tersendiri. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai rumus-rumus dasar dan rumus-rumus transformasi supaya dapat menggambarkan situasi bahasa itu. Ciri-ciri kedua menerangkan bahawa setiap ujaran yang terdedah pada pendengaran mungkin sukar untuk diperolehi sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan sejadi. Ciri yang ketiga, Chomsky menyatakan bahawa kanak-kanak memperolehi sistem bahasa melalui ibunya dengan masa yang singkat. Proses ini berlaku di antara empat hingga lima tahun. Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Ahmad (ibid:33) yang memetik kata-kata McNeill yang merupakan seorang penyokong kuat aliran mentalis. Pendapat beliau,setiap kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia dikurniakan dengan Alat Pemerolehan Bahasa atau Sistem pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device). Pendapat yang dikemukakan oleh beliau menegaskan bahawa kanak-kanak yang baru dilahirkan mempunyai ciri-ciri linguistik sejagat iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Oleh kerana unsur sejagat ini wujud dalam diri kanak-kanak maka mereka akan memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah. 2.3 Teori Interaksionalis Teori pemerolehan bahasa ini baru berkembang dalam bidang psikolinguistik sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an. Ahli-ahli interaksionalis ialah seperti Bloom (1970), Bowennan (1973), Cromer (1976) dan lain-lain sependapat bahawa kebolehan kognitif semata-mata tidak akan dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak sebaliknya perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat. Hasil kajian Snown (1972), Ringle (1978) dan lain-lain menunjukkan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah akibat interaksi penjaga- penjaga dengan kanak-kanak. Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan sofia Hamid (1993:35) pendapat ahli-ahli interaksionalis ini mendapat sokongan kerana terdapat bukti-bukti daripada kajian bahasa kanak-kanak yang telah dilakukan oleh Bloom, Bowerman, Halliday dan Wells. Kajian yang telah dijalankan oleh Bloom menunjukkan kanak-kanak dapat memahami berbagai-bagai kategori semantik. Bowerman berpendapat perbezaan ini timbul kerana kedua anak-anaknya menggunakan kognitif yang berbeza. Hal ini kerana proses kognitif dan proses bahasa merupakan satu perkara yang penting dalam teori pemerolehan bahasa. Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Hamid (1993:35) memetik kata-kata seorang ahli interaksionalis iaitu setiap perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan juga proses interaksi bahasa. Halliday juga berpendapat setiap kanak-kanak perlu menguasai bahasa. Hal ini kerana setiap manusia perlu untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Kamarudin Hj Husin (1998:38) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi Bahasa menyatakan bahawa teori pembelajaran interaksionalis memerlukan kanak-kanak didedahkan kepada interaksi linguistik. Dengan pendedahan yang diberi, murid-murid boleh mengenal pasti dan mempelajari bagaimana untuk menggambarkan makna kognitif dalam satu bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Teori yang telah dikemukakan oleh Halliday ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai salah satu alat berinteraksi dan proses ini melibatkan mental dan linguistik. Seseorang penutur jati yang baik haruslah boleh untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul sama ada dari segi tatabahasa dan makna. Kamarudin Hj Husin (ibid:39) menyatakan bahawa dalam setiap pembelajaran bahasa, setiap guru haruslah memberi latihan yang banyak kepada murid-murid. Walaupun aliran interaksionalis ini menganggap penyampaian sesuatu bahasa itu lebih penting berbanding struktur bahasa namun kedua-dua perkara harus dijalankan serentak supaya murid-murid menguasai dua perkara sekaligus. Hal ini akan dibuktikan dalam contoh aktiviti yang dipilih. 2.4 Teori Kod Kognitif Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:33) Piaget, merupakan ahli kognitif yang terkenal berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai otak dan saraf yang tinggi. Dengan menggunakan otak, manusia mempunyai kebolehan dalam mempelajari pelbagai perkara. Proses pembelajaran merupakan satu proses mental dan bukanlah proses mekanis. Sebelum memperkenalkan teori kognitif ini, Piaget telah menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan. Kecerdasan ialah satu bentuk keseimbangan atau penyeimbangan ke arah semua fungsi kogniif bergerak. Bagi Mangantar Simanjuntak (1987:97), apabila berlaku sesuatu gangguan luaran makan seseorang individu akan melakukan satu aktiviti atau kegiatan supaya gangguan tersebut dapat dihilangkan. Manakala Piaget pula ada berpendapat bahawa kecekapan kanak-kanak untuk memperoleh bahasa adalah berdasarkan kognititf dan setiap kanak-kanak akan melalui pengalaman mereka dengan objek dan tindakan dalam persekitarannya. Pada kebiasaannya perkembangan bahasa bermula pada peringkat deria motor yang terjadi ketika kanak-kanak berumur antara 18 bulan hingga dua tahun. Peringkat kedua pula ialah peringkat praoperasi. Pada peringkat lebih dikenali sebelum peringkat sebenarnya terjadi. Di antara umur dua tahun dan tujuh tahun.Peringkat operasi konkrit adalah peringkat ketiga dalam proses perkembangan kognitif. Pada peringkat ini kanak-kanak akan berusaha untuk mengenali objek konkrit dan proses ini berlaku pada umur tujuh hingga dua belas tahun. Kanak-kanak akan lebih mudah memahami dan menguasai sesuatu perkara jika mereka diperkenal dengan perkara yang berupa konkrit atau maujud. Aktiviti berbentukh a n d s - o n memang sesuai dalam membantu tahap perkembangan kognitif di usia ini. Peringkat yang terakhir ialah peringkat operasi formal. Peringkat ini berlaku pada umur 12 tahun ke atas. Sesuatu yang abstrak dapat dinilai dan murid akan cuba untuk menaakul setiap bentuk dan situasi yang dirasai mereka. Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:34) memetik kenyataan salah seorang penyokong Piaget iaitu Sinclair. Beliau telah menjalankan kajian terhadap teori pemerolehan bahasa kanak-kanak berdasarkan kerangka teori Piaget. Bukti daripada kajian yang telah dijalankan oleh Sinclair menunjukkan Semua kanak-kanak tidak mampu untuk mengungkapkan kata-kata atau bahasa yang kompleks sehingga mereka mencapai ke paringkat perkembangan intelek yang tertentu. Kesimpulan yang telah dibuat oleh Sinclair latihan lisan kurang berkesan terhadap pemerolehan bahasa jika seseorang kanak-kanak itu belum mencapai tahap intelek yang tertentu. Ahli kognitif bertegas berpendapat bahawa proses pemerolehan bahasa merupakan salah satu proses mental dan perkembangan bahasa dan perkara ini mempunyai kaitan rapat dengan kognitf secara amnya. Kanak- kanak akan memperoleh bahasa ketika diperingkat deria motor dan daripada konkrit kepada abstrak. Oleh itu, teori ini jelas membuktikan bahawa pemerolehan bahasa adalah bergantung kepada persekitaran kanak-kanak untuk memproses skema yang sedia ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi melalui pendedahan terhadap pengalaman baharu. 2.5 Implikasi Terhadap P & P Bahasa Sememangnya diakui teori pembelajaran banyak membantu para guru melaksanakan aktiviti pengajaran dengan berkesan berpandukan ciri-ciri teori yang dipilih dan diamalkan. Setiap teori membawa implikasi yang berbeza mengikut kesesuaian waktu dan persekitaran bilik darjah. Namun, kajian ahli linguistik telah menghimpunkan pelbagai bentuk implikasi yang dilihat seringkali mempengaruhi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P &P) bahasa. 2.5.1 Teori Behaviorisme Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000:19) dalam bukunya “Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik”, beliau menyatakan bahawa kumpulan B e h a v io r is berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sesuai. Perlakuan tersebut dapat dikekalkan sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran. Bagi Abdul Aziz (ibid:20), antara prinsip daripada teori Behaviorisme ini yang dapat diterapkan dalam bilik darjah adalah dengan guru memberi pujian apabila pelajar memberikan jawapan yang betul atau menghasilkan kerja-kerja yang baik. Selain itu, ganjaran dalam bentuk markah atau gred perlu digunakan. Guru atau pihak sekolah member hadiah seperti buku, plak dan sebagainya bagi menarik minat murid. Tambah beliau, guru juga mempamerkan hasil kerja pelajar yang baik, contohnya karangan dan karya-karya ilmiah yang dapat memberi penghargaan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti bahasa seperti pertandingan pidato atau bahas, acara berbalas pantun, membaca puisi dan sebagainya di sekolah dari semasa ke semasa dan para pemenang akan diberikan hadiah sebagai ganjaran. Dalam kalangan kumpulan Behavioris, E.L Thorndike merupakan ahli linguistik yang terulung dan beliau telah mengemukakan beberapa hukum penting yang berkaitan dengan aspek perlakuan dalam teori Behaviorisme. Hukum-hukum ini boleh diterapkan dalam aktiviti P & P bahasa. Dalam buku Pedagogi Bahasa tulisan Abdul Aziz Abdul Talib (2000:20), telah disenaraikan setiap hukum-hukum tersebut besertakan contohnya. Bagi hukum pertama iaitu hukum latihan, mengikut hukum ini, latihan amat penting untuk membina dan mengukuhkan sesuatu perlakuan yang dikehendaki. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, misalnya, latihan diperlukan dalam bidang lisan (sebutan, intonasi, bacaan nyaring), dan seumpamaynya. Demikian juga halnya dalam lain-lain aspek pengajaran bahasa seperti aspek tatabahasa atau menulis dan mengarang. Hukum keduanya ialah hukum kesan. Hukum ini menyatakan bahawa perlakuan-perlakuan yang ingin dibina atau dibentuk itu akan berkekalan atau terus berlaku sekiranya ia diberikan rangsangan dan ganjaran positif. Ganjaran positif itu hendaklah deberikan secepat mungkin selepas perlakuan bahasa yang dikehendaki itu disempurnakan pelajar. Misalnya, dalam latihan atau ujian bahasa ganjaran dalam bentuk markah atau gred, atau pujian hendaklah diberikan serta-merta kepada pelajar. Hukum Kesan menyatakan bahawa faktor yang paling penting yang menentukan kesan ganjaran terhadap respons atau perlakuan yang baik itu ialah faktor masa. Lebih singkat masa antara respons dan ganjaran, maka lebih kuatlah pertalian antaranya. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, Politzer dan Rivers (1964) berpegang kuat pada Hukum Kesan ini dengan mengatakan: Languange is “behaviour”, and language behaviour can be learned by “introducing”, the student to “behave” the way are want him to behave....” Hukum ketiga yang diterangkan Abdul Aziz Abdul Talib (ibid:21) ialah Hukum Tubi. Hukum ini menyatakan bahawa ganjaran memberikan kepuasan kepada pihak yang melakukan sesuatu respons. Dalam hal ini, semakin kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah perlakuan yang dikehendaki itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, ganjaran perlu kerap diberikan berikutan dengan sesuatu aktiviti atau perlakuan bahasa yang baik. Ini termasuklah komen positif guru yang membina, misalnya terhadap karangan yang dibuat oleh murid. Bagi guru bahasa yang ingin membentuk perlakuan bahasa yang baik dalam kalangan para pelajarnya, ketiga-tiga hukum tersebut perlu diterapkan dalam proses P & P di bilik darjah. 2.5.2 Teori Mentalis Terdapat beberapa implikasi P & P bahasa bagi teori Mentalis. Dalam buku Zulkifley Hamid (1994) yang bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, beliau telah mengatakan pembelajaran bahasa berlaku melalui pengalaman menggunakan bahasa. Maksudnya di sini ialah murid mendapat pengajaran bahasa selepas melakukan komunikasi lisan sepanjang kehidupan mereka. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa t a ta b a h a s a dipelajari secara tidak langsung. Hal ini membuktikan bahawa pengajaran tersebut hendaklah menggunakan pendekatan deduktif. Misalnya serapan dan peniruan model dalam aktiviti pengajaran bahasa yang dijalankan. Kanak-kanak menyerap tatabahasa pertama melalui komunikasi lisan (secara intuisi), kemudian menyesuaikan rumus-rumus yang terkandung dalam tatabahasa sejagat dengan menggunakan nahu tatabahasa bahasa pertamanya. Di samping itu, implikasi yang lain ialah asas tatabahasa dikuasai dalam bentuk lisan tetapi murid tidak menghafal ayat-ayat seperti mana yang terdapat pada Teori Behaviorisme. Selain itu, Zulkifley Hamid (1994) juga berpendapat bahawa teori ini dapat menggalakkan pelajar menghasilkan pertuturan baru secara kreatif berdasakan pengetahuan rumus bahasa. Murid tidak dapat menerangkan rumus tatabahasa yang yang diserapi tetapi masih boleh menggunakannya dengan cara yang betul hasil bimbingan guru semasa aktiviti di dalam kelas. Teori ini juga menganggap kesilapan bahasa sebagai ujian sebelum mencapai tahap kemahiran. Guru hendaklah mengehadkan kesilapan mereka dan menggalakkan mereka memperbaiki berdasakan pengetahuan rumus yang telah mereka pelajari. Oleh itu dapat difahami bahawa latihan-latihan yang diberi seharusnya membina kecekapan menggunakan rumus secara kreatif. Selain itu, teori ini juga turut menekankan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. 2.5.3 Teori Kognitif Implikasi P & P teori pemerolehan bahasa yang ketiga iaitu teori Kognitif dihuraikan secara ringkas berdasarkan kajian beberapa ahli linguistik. Teori ini memang cukup sinonim dengan Jean Piaget ahli psikologi yang telah banyak memberi sumbangan kepada bidang kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Implikasi yang dapat dilihat semasa proses P & P bagi teori ini ialah pembelajaran bahasa yang melibatkan proses mental. Pembelajaran bahasa ialah proses berfikir. Oleh itu, kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) bukan bergantung kepada latihan giat semata-mata. Selain itu, teori ini memerlukan penglibatan aktif pelajar dan sikap kebertanggungjawaban kendiri dalam aktiviti pembelajaran bahasa. Ini bermaksud, aktiviti yang dijalankan perlulah berpusatkan pelajar di mana guru cuma bertindak sebagai pembimbing manakala muridlah yang melaksanakan aktiviti yang dirancang. Masa dan aspek bahasa yang hendak diajarkan perlu bersesuaian dengan tahap perkembangan umur dan mental pelajar. Seperti mana yang telah dihuraikan dalam teori pemerolehan di bahagian sebelum ini, teori kogniti yang diperkenalkan Piaget mengandungi empat peringkat iaitu deria motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Oleh itu, murid perlu menyesuaikan pengetahuan sedia ada atau skema mengikut pengalaman dan persekitaran yang dilalui. Di samping itu, teori ini juga menggalakkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang kaya, pelbagai dan merangsangkan untuk menimbulkan motivasi. Kesalahan yang dilakukan bukan suatu kegagalan tetapi percubaan hipotesis (rumus) yang telah dibina. Maksudnya, latihan yang diberikan bukan membentuk kebiasaan automatis tetapi untuk membina kecekapan menggunakan rumus yang dibentuk. 2.5.4 Teori Interaksionalis Bagi menjelaskan implikasi P & P bahasa dengan menggunakan teori Interaksionalis ini, terdapat beberapa kajian yang dapat dilihat dan diambil kira. Teori yang dipelopori oleh Halliday ini banyak dipengaruhi teori bahasa fungsional yang melibatkan aktiviti komunikasi lisan murid. Implikasi yang pertama dapat dilihat ialah pembelajaran bahasa untuk pelbagai tujuan interaksi. Maksudnya, guru mengajar murid cara berkomunikasi untuk mereka mengaplikasikannya dalam pelbagai urusan kehidupan seharian mereka. Ringkasnya, dapat difahami aktiviti yang dijalankan di dalam kelas lebih becorakkan kontekstual. Sebagai ahli masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial. Dalam aktiviti P & P, penyampaian makna yang tepat adalah penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh itu, makna dan tatabahasa dapat diajar serentak. Selain itu, teori interaksionalis juga membolehkan pendedahan kepada situasi linguistik bagi melatih pelajar menggunakan bahasa yang berkesan dalam interaksi sosial mereka. Maksudnya, guru perlu mengajar aspek kecekapan komunikasi seperti linguistik, sosiolinguistik, wacana dan strategik. Bagi memperkaya aktiviti di dalam kelas, guru juga boleh merancang aktiviti tugasan bahasa iaitu task based. P & P bahasa seharusnya menarik dan dapat memberi makna kepada pelajar. Bagi aspek latihan pula, guru boleh menggunakan teknik latih tubi bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur tetapi masih mengajarkan sistem bahasa dan penggunaannya secara spontan dan fleksibel. Guru tidak perlu membaiki kesilapan bahasa pelajar, cukup sekadar menyedarkan mereka sama ada bentuk atau struktur yang mereka gunakan itu betul atau salah, dan setelah mereka sedar akan kesilapan tersebut, guru digalakkan meminta murid membetulkannya sendiri. Dalam erti kata yang lain, guru boleh membenarkan kesilapan pada peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi secara spontan dan fleksibel. 3.1 Konsep Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pembelajaran Bahasa 3.1.1Teori Behaviorisme Teori Behaviorisme merupakan teori yang sudah lama dipraktikkan oleh golongan pendidik. Hal ini berikutan teori jenis ini wujud pada suatu tempoh masa yang lama berbanding teori yang selepasnya. Namun, pengajaran bahasa melalui teori ini tidak langsung mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik yang dapat disuaikan bagi teori ini. Sebagai contohnya, diambil pendekatan oral atau lisan dalam pengajaran bahasa. Menurut Kamarudin Hj Husin (1998:115) dalam bukunya “Pedagogi Bahasa: Perkaedahan”, pendekatan oral ialah satu kaedah yang memberi penekanan kepada penguasaan kepada aspek lisan dalam aktiviti pelajaran bahasa. Ini dilakukan sebelum seorang itu menguasai kemahiran- kemahiran yang lain seperti membaca dan menulis. Perbendaharaan kata merupakan aspek utama dalam reka bentuk pendekatan ini. Selain itu, kawalan aspek tatabahasa adalah juga diberi perhatiaan. Maksudnya, pendekatan ini sangat bertepatan dengan ciri-ciri Teori Behaviorisme yang menekankan aspek lisan serta mekanis. Bagi menambah pemahaman lagi, Kamarudin Hj. Husin (ibid:116) turut mengatakan bahawa teori bahasa yang menjadi dasar kepada pendekatan ini dicirikan sebagai satu bentuk struktural. Aspek dan bentuk-bentuk pengucapan dilihat sebagai asas bahasa, sementara strukturnya pula dilihat sebagai fokus kepada keupayaan bertutur. Tambah beliau, teori pendekatan ini didokongi oleh teori mekanis yang boleh juga didefinisikan sebagai teori Behaviorisme. Teori ini menanggap bahasa adalah satu aktiviti fizikal yang mementingkan satu rangkaian turutan kesan dan sebab. Ia menganggap faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas organisma. Sementara itu, kaedah yang sesuai semasa teori ini dipraktikkan ialah kaedah terus atau ada juga yang mengatakan kaedah askar. Nik Hassan Basri (2005: 143) berpendapat bahawa dalam kaedah ini, bahasa sasaran digunakan dengan serta merta, berfikir dalam bahasa yang dipelajari tersebut. Oleh sebab bahasa lain tidak digunakan, maka pengajaran perkataan dijalankan dengan menggunakan benda-benda konkrit, melalui gambar dan sebagainya, atau melalui perbandingan dan persamaan sekiranya benda itu tidak konkrit. Tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dengan contoh-contoh yang sesuai. Tatabahasa secara formal tidak diberikan, melainkan jika perlu tetapi diserapkan dalam bahan mengajar. Bagi Kamarudin Hj. Husin pula (1998:185), kaedah ini mengikut tanggapan ahli Behavioris iaitu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa mereka dengan cara semula jadi. Beliau juga menambah bahawa kaedah terus lebih berfokuskan kemahiran lisan. Teori Behaviorisme sememangnya mengkehendaki corak pengajaran yang lebih bersifat lisan. Murid hendaklah meniru dan mengikut guru dalam aspek bahasa yang diajarkan. Apabila guru sudah mengajar murid kemahiran, guru memberi peneguhan positif dalam usaha menambah minat murid menjawab dengan betul dan tepat. Dengan cara ini, murid akan mematuhi perintah guru sementara nahu dan perbendaharaan kata mereka menjadi semakin jitu. Secara kesimpulannya, kaedah terus mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama, pelajar belajar secara mendengar dan bertutur. Nik Hassan Basri (2005:147). Terjemahan tidak digunakan secara langsung. Oleh sebab sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran bahasa. Perkara terakhir yang perlu diberikan penekanan ialah aspek teknik. Teknik yang sesuai digunakan dalam teori ini ialah teknik latih tubi. Bagi Nik Hassan Basri (2000:149), latih tubi dilakukan bertujuan untuk membolehkan murid menguasai sebutan dan membiasakan telinga mereka dengan sistem bunyi bahasa itu serta menyerap rumus-rumus bahasa dalam bentuk pola- pola ayat tertentu. Dengan itu, cara pembentukan bahan mestilah memberi perhatian kepada butir-butir tersebut. Manakala Kamarudin Hj. Husin (1998:197-198) mengatakan latih tubi merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini bertepatan dengan teori Behaviorisme yang memerlukan latihan secara kerap dan pengukuhan guru dalam meningkatkan penguasan kemahiran lisan murid. 3.1.2Teori Mentalis Setelah melihat huraian perkaitan teori Behaviorisme, didapati terdapat beberapa perbezaan antara teori tersebut dengan teori Mentalis ini. Teori mentalis merupakan penentang kepada teori behaviorisme. Golongan mentalis menentang hebat golongan behaviorisme. Hal ini kerana Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:32) memetik pendapat Chomsky bahawa teori behaviorisme tidak menghuraikan proses pemerolehan aspek bahasa secara menyeluruh. Beliau juga menyatakan bahawa setiap pemerolehan bahasa adalah proses mental bukan proses mekanis. Buktinya, pendekatan yang digunakan semasa mengaplikasikan teori Mentalis adalah berbeza dengan teori Behaviorisme. Semasa aktiviti P & P bahasa, guru yang mahu menggunakan teori Mentalis dalam pengajaran mereka sangat sesuai menggunakan p e n d e k a t a n deduktif. Hal ini kerana setiap kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia dikurniakan dengan Alat Pemerolehan Bahasa atau Sistem pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device). Oleh itu mereka berkebolehan untuk melakukan penaakulan yang tinggi. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:91), pendekatan deduktif akan dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan daripada sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum tadi melalui contoh- contoh atau mengaplikasikan peraturan-peraturan yang diberikan. Kesimpulan Saya selaku ibu kepada seorang anak yang bermasalah “Autism” memperoleh maklumat terbaru mengenai tahap pemerolehan bahasa oleh seseorang individu. Tugasan ini juga memberi peluang kepada saya untuk memperoleh sedikit pengetahuan dan mengaplikasikannya kepada anak saya yang masih tidak ada verbal. Kanak-kanak “Autistik” seperti anak saya juga boleh belajar bahasa apabila diberi perhatian dan latihan yang sewajarnya pada setiap masa. BIBLIOGRAFI 1. Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir. (2003). Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Bahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2. Ariffin. Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik. Diperoleh pada6 Mac 2010. Daripada dadwayne.blogspot.com: http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategi- pendekatan-kaedah.html 2. Yahya Nursidik. (16 Mei 2008). Teori Behaviorisme. Diperoleh pada 14 Mac 2010. Daripada apadefinisinya.blogspot.com: http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/05/teori-behaviorisme.html 3. SIL International. (2 July 1998). Behaviorist theory of learning (Skinner). Diperoleh pada 15 Mac 2010. Daripada www.sil.org: 4. http://www.sil.org/lingualinks/literacy/implementaliteracyprogram/be havioristtheoryoflearningski.htm 5. Laura Davenport. (April 26, 2001). cognitivsm vs. behaviorism in learning theory. Daripada www.greenspun.com
上一篇:Mercury 下一篇:Marketing_Plan_Costa_Coffee