代写范文

留学资讯

写作技巧

论文代写专题

服务承诺

资金托管
原创保证
实力保障
24小时客服
使命必达

51Due提供Essay,Paper,Report,Assignment等学科作业的代写与辅导,同时涵盖Personal Statement,转学申请等留学文书代写。

51Due将让你达成学业目标
51Due将让你达成学业目标
51Due将让你达成学业目标
51Due将让你达成学业目标

私人订制你的未来职场 世界名企,高端行业岗位等 在新的起点上实现更高水平的发展

积累工作经验
多元化文化交流
专业实操技能
建立人际资源圈

Faktor_Mempengaruhi_Pengurusan_Bilik_Darjah_Berkesan

2013-11-13 来源: 类别: 更多范文

Faktor yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah yang Berkesan: a) Faktor Fizikal: Pengaliran udara dan cahaya yang cukup merupakan bilik darjah yang sesuai untuk murid-murid. Pengaliran udara dipengaruhi oleh keluasan bilik darjah, bilangan tingkap dan kipas yang dipasang. Cahaya yang cukup terang juga dipengaruhi oleh bilangan tingkap yang dipasang dan bilangan lampu yang dipasang. Kemudahan seperti kipas dan lampu yang mencukupi dapat meningkatkan semangat semangat belajar dan membawa keselesaan kepada murid-murid. Pemasangan penyaman udara sejuk akan membawa keselasaan yang berlebih ganda kepada murid-murid. Menurut kajian, manusia dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada suhu 25°C. Saiz bilik darjah yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pergerakan murid-murid semasa menjalankan aktiviti kumpulan serta aktiviti permainan. Ruang yang mencukupi sangat sesuai untuk guru menjalankan aktiviti kumpulan dan aktiviti permainan yang dapat meningkatkan penglibatan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyusunan kerusi dan meja murid-murid mengikut kumpulan seperti kelas bilik darjah akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid serta guru dengan murid. Aktiviti dalam kumpulan akan meningkatkan minat belajar di kalangan murid-murid. Keadaan kelas yang bersih dan kemas dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kelas yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai poster, carta, gambar dan ABM secara langsung dapat menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan gambar atau imej dapat meningkatkan daya ingat murid-murid terutamanya murid-murid dari tahun rendah. Menurut Rahman & Shahrir, (2005) Bilik darjah yang efektif, yang boleh dihasilkan dengan memberi penekanan kepada pengajaran asas seperti membaca, mengira dan menulis, hams menjadi nadi sesebuahsekolah. Penggunaan teknologi pengajaran di sekolah (kurikulum dan kaedah pengajaran)telah dikenal pasti dan telah dibuktikan berjaya. Di Malaysia, KBSR dan KBSM diguna pakai di semua peringkat pendidikan sekolah rendah dan menengah. Sementara kaedah pengajaran konstruktivisme yang berpusatkan murid menjadi kaedah yang diamalkan. Untuk mencapai sasaran pengajaran yang berkesan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMIlEteMS) telah dijalankan. Penggunaan projektor LCD dan komputer bimbit telah digunakan dengan meluas. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan satu set lengkap bahan kursus cakera padat (Interactive Courseware) untuk Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Proses pengajaran menjadi lebih aktif dan berkesan dengan alat bantu ini. Rujukan Rahman dan Shahrir, (2005). Peranan Kepimpinan Guru dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah. Retrif pada 1 April, 2010 dari http://myais.fsktm.um.edu.my/4990/1/11.pdf
上一篇:Film_Analysis 下一篇:Examining_a_Business_Failure